Ziana Zain – Saat Saat Aidilfitri

LIRIK LAGU Saat Saat Aidilfitri

Saat-saat indah menjelma lagi
Suasana mesra berwarna-warni
Kita bersama kembali
Menyambut detik seribu erti

Kerdipan bintang membawa berita
Khabar gembira kan kunjung tiba
Tawa mesra yang dirindu
Pasti menyinari aidilfitri

Masa untuk gembira
Riangnya suasana
Bermaafan sesama kita
Kau bahagia sentiasa
Tiadalah sengketa
Kemesraan jalin bersama
Meriahkan hari raya

Saat-saat indah menjelma lagi
Suasana mesra berwarna-warni
Kita bersama kembali
Untuk menyambut aidilfitri